Thursday, 25 April 2024

Program Universiti Bersama Komuniti-Jom Carre Komuniti Nelayan USIM-UniSZA-UMT

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
17 Februari 2023, Mengabang Telipot Kuala Nerus. Program Universiti Bersama Komuniti-Jom CARRE Komuniti Nelayan USIM-UniSZA-UMT telah diadakan pada hari ini bertempat di Masjid Mengabang Telipot,Kuala Nerus Terengganu.

Program jalinan kerjasama ini telah diadakan bersama UniSZA,UMT dan USIM.

Tujuan program ini diadakan bagi mempromosi dan memberi tarikan kepada komuniti sekitar untuk mengenali UMT, USIM dan UniSZA secara lebih dekat dan meneruskan minat untuk menimba ilmu secara pembelajaran sepanjang hayat (tidak formal).

Tiga PTJ terlibat secara rasmi dalam program ini,iaitu Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT), Fakulti Perubatan dan Hospital Pengajar UniSZA.

Program dirasmikan oleh Dato' Prof,Dr Husaini Omar,Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

Turut hadir bagi pihak UniSZA ialah YBrs. prof Dr Zuhairah Ariff Abd Ghadas (TNC Akademik dan Antarabangsa), YBrs. Prof. Madya Dr Adzim Khalili Rohin, (Pengarah PaKaT),Timbalan Pengarah PaKaT,Dr Ismahafezi Ismail & Dr Fazida Karim.

Bagi pihak UMT dihadiri Naib Canselor UMT Prof. Dato' Dr Mazlan Abd. Ghaffar,bagi pihak USIM dihadiri Naib Canselor USIM,Prof Dato Dr Sharifudin Md Shaarani.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.

 

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara