Friday, 26 April 2024

UniSZA universiti awam pertama jalin kolaborasi rasmi dengan SME Bank dalam program pembangunan usahawan dan graduan

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
15 Februari 2023, Putrajaya. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) amat berbesar hati apabila menjadi Universiti Awam (UA) pertama yang menjalinkan kolaborasi rasmi melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) dalam menjalankan program pembangunan usahawan dan graduan.
Majlis Menandatangani MoU antara kedua-dua pihak telah diadakan di UniSZA@Putrajaya, hari ini.

Bagi pihak UniSZA, MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor) dan YBrs. Encik Ismail bin Musa (Pendaftar).

Bagi pihak SME Bank pula, MoU tersebut ditandatangani oleh YBhg. Profesor Adjung Datuk Wira Dr. Aria Putera bin Ismail (Presiden Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan SME Bank) dan YBrs. Puan Shuhaibahtulaslamiah binti
Hurmuzan (Ketua Pegawai Sumber Manusia, Kumpulan SME Bank).

Pemeteraian MoU ini bakal melibatkan kerjasama dalam program-program seperti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), program penyelidikan dan pembangunan kolaboratif, penawaran kemudahan dan perkhidmatan makmal, program pembangunan keusahawanan untuk graduan/pelajar UniSZA, program sangkutan industri di bawah Program CEDAR BEACON, program jangka pendek seperti bengkel, seminar, webinar untuk pensyarah dan graduan/pelajar UniSZA dan pembiayaan untuk usahawan siswazah dan syarikat ‘spin-off’ UniSZA.

Turut berlangsung majlis penyerahan surat lantikan Business Advisory & Coaching Network (BEACON Affiliate) daripada Presiden Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan SME Bank kepada Naib Canselor UniSZA selaku wakil staf-staf UniSZA yang dilantik sebagai pelatih Program Sangkutan Industri di bawah Program CEDAR BEACON.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBrs. Encik Amirul Imran bin Ahmat (Ketua Pegawai Eksekutif CEDAR), YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan UniSZA), YBrs. Profesor Madya Dr. Fakhrul Anwar bin Zainol (Pengarah Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri UniSZA), YBrs. Dr. Safrul Izani bin Mohd Salleh (Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA) serta para pegawai daripada kedua-dua pihak.

 

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara