Saturday, 20 April 2024

UniSZA perkukuh bidang akademik dan penyelidikan peringkat antarabangsa melalui jalinan kerjasama MoU dengan Universitas Muhammadiyah Gresik, Indonesia

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
15 Februari 2023, Putrajaya. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Muhammadiyah Gresik (UMG), Indonesia bertempat di UniSZA@Putrajaya, hari ini.
UniSZA yang diwakili oleh Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) bakal menjalankan kolaborasi dalam bentuk pertukaran ahli akademik/jurulatih/penyelidik, perkongsian maklumat dan bahan akademik, mengadakan program penyelidikan dan latihan bersama serta penganjuran persidangan atau forum.

Bagi pihak UniSZA, MoU ini telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor) dan YBrs. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi).

Bagi pihak UMG pula, MoU tersebut ditandatangani oleh YBrs. Ibu Nadhirotul Laily, S.Psi, M. Psi., (Rektor) dan YBrs. Bapak Mohammad Ahyan Yusuf Sya’bani, S.Pd.I., M.Pd.I. (Dekan Fakultas Agama Islam).

Turut hadir ke majlis tersebut ialah YBrs. Bapak Suwarno, S.E., Msi. (Wakil Rektor 3, Bagian Kemahasiswaan UMG), YBrs. Encik Ismail bin Musa (Pendaftar UniSZA), YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan

Pengurusan Perhubungan UniSZA), YBrs. Ibu Paulina, S.Pd., M. Pd. (Kepala Biro Kemitraan UMG), YBrs. Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi (Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA), YBrs. Prof. Madya Dr. Normadiah binti Daud (Timbalan Dekan Penyelidikan & Pembangunan, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA).

 

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara