Saturday, 20 April 2024

Majlis Amanat Naib Canselor UniSZA 2023

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Majlis Amanat Naib Canselor UniSZA 2023 bersama Prof Dr. Fadzli Adam yang bertemakan “Bersama UniSZA Merealisasikan Agenda dan Strategi Pendidikan Tinggi Negara” telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Al Muktafi Billah Shah, Kampus Gong Badak

Lebih 1,000 staf UniSZA  hadir ke majlis itu dan turut ditayangkan secara langsung di Kampus Besut dan Facebook UniSZA.

Dalam amanat yang disampaikan, Prof Dr. Fadzli Adam telah membahagikan ucapan beliau kepada empat fasa utama iaitu Tasawwur Sebuah Kehidupan, UniSZA dan Falsafah Ilmu, Pelan Strategik UniSZA 2023-2030 dan Togetherness: Mari Kita Bekerja Bersama-sama.

Dalam ucapan tersebut, beliau turut menyampaikan pelaksanaan Pelan Strategik UniSZA 2023-2030 yang bergerak pantas dengan berpaksikan kepada lima strategi teras dan satu strategi khas.

“Lima strategi teras yang saya maksudkan ialah Graduan Kalis Masa Depan, Penyelidikan Berimpak Tinggi, Bakat Berprestasi Tinggi, Pendigitalan Universiti dan Hero Komuniti”

“Lima strategi teras ini juga bertindak sebagai kayu ukur pencapaian kita bersama sebagai tenaga penggerak universiti yang kita sanjungi ini”

“Manakala, Kemampanan Kewangan merupakan satu-satunya strategi khas bagi memastikan sokongan kewangan yang mantap terhadap kelima-lima strategi teras”, katanya dalam amanat berkenaan.

Pada majlis itu, turut diadakan pelancaran Pendigitalan Universiti yang akan memberi impak yang sangat baik kepada seluruh warga UniSZA.

Pendigitalan Universiti adalah satu teras strategik dalam PSU 2023-2030 yang merangkumi Connected Campus, Digital Lifestyle, Meta Learning Space (META-UniSZA) dan Sustainable Green Technology Campus.

Semoga apa yang disampaikan dapat menyuntik semangat TOGETHERNESS untuk terus menjalankan amanah serta menyumbang bakti kepada UniSZA yang kita cintai ini.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara