Thursday, 25 April 2024

Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyampaikan amanat tahun 2023 beliau yang menggariskan perancangan, agenda dan hala tuju baharu KPT di Dewan Za'ba pagi tadi.
 
 
Majlis yang telah dihadiri oleh warga kementerian, barisan pengurusan tertinggi IPT serta wakil mahasiswa itu turut disertai secara maya oleh warga UA dan Politeknik seluruh negara.
 
Amanah yang diberikan oleh kerajaan untuk beliau kembali menggalas jawatan tersebut menjadi iltizam dalam usaha memulihkan kembali kepercayaan rakyat Malaysia kepada sistem pendidikan tinggi negara, ujar YB Dato' Seri Mohamed Khaled.
 
Justeru, beliau telah menggagaskan 11 aspirasi yang bakal menjadi tonggak dalam usaha dan panduan melonjakkan sektor pendidikan Malaysia agar lebih berkualiti dan diiktiraf seantero dunia.
 
Hadir sama YB Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, dan YBhg. Datuk Dr. Mohammad Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT.
 
 
11 Fokus YB Menteri Pendidikan Tinggi - Perutusan Tahun Baharu 2023

  1. Memastikan agenda dan dasar KPT selari dengan aspirasi nasional iaitu membangunkan negara yang madani.

  2. KPT akan bersikap profesional, adil, objektif dan tidak politikal dalam menguruskan sektor pendidikan tinggi.

  3. Menilai semula kedudukan KPT secara keseluruhan dari segi kemampuan, prestasi pencapaian mahupun misi masa depan.

  4. Memperkukuh kekuatan sumber intelektual Malaysia.

  5. Membuat persediaan mengurus pelbagai perubahan dan ledakan teknologi.

  6. Memperkukuh peranan Malaysia sebagai ‘titik temu’ yang menarik kedatangan pelajar, penyelidik dan bakat global.

  7. Melakukan rombakan besar-besaran terhadap sistem dan ekosistem TVET nasional.

  8. Memastikan kepentingan IPTS dalam sektor pendidikan tinggi dengan membantu IPTS melebarkan pengaruh pendidikan tinggi ke seluruh dunia.

  9. Kualiti dan kecemerlangan akademik.

  10. Memperbaiki akses dan rejim pembiayaan pendidikan.

  11. Pemerkasaan mahasiswa.

Warga UniSZA yang terdiri daripada staf dan pelajar berhimpun di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, hari ini bagi mengikuti dan mendengar amanat YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin secara atas talian.



 

 

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara