Saturday, 27 April 2024

Dua Kali Johan Qariah Tilawah Al-Quran

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Pengalaman lalu nyata memberi kelebihan buat Nor Azlina Ibrahim, untuk muncul johan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Kuala Nerus buat kali ke dua, semalam.

Berbekalkan pengalaman dan aktif menyertai pertandingan tilawah al-Quran sejak di bangku sekolah rendah, Nor Azlina, 23, masih mampu muncul johan walaupun hanya berlatih selama dua hari menjelang pertandingan.

Azlina yang juga pelajar tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda (ISM) Pengajian Islam (Dakwah), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), sebelum ini pernah menjadi johan pada tahun 2019 berjaya membawa pulang wang tunai RM 2,000.00, piala pusingan dan sijil.

Anak tunggal yang berasal dari Kajang, Selangor itu, berkata meskipun sudah beberapa kali bergelar johan, namun kemenangan hari ini tidak dijangkanya kerana saingan sengit daripada empat peserta lain.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dan tidak sangka memperolehi johan kerana saya baca dalam keadaan kurang sihat iaitu dalam keadaan demam, batuk, sakit tekak dan selsema”

."Saya hanya berlatih sendiri selama dua hari dengan pengetahuan taranum yang ada berdasarkan pengalaman memasuki pertandingan yang sama sebelum ini," katanya yang merupakan anak tunggal kepada pasangan

“Insyallah, hadiah kemenangan ini saya ingin menyimpan untuk kegunaan masa akan datang seperti kos untuk sambung belajar dan simpanan untuk tujuan kecemasan”, katanya.

Katanya lagi, untuk peringkat seterusnya dia berharap dapat membuat yang terbaik dan ingin sampai sehingga ke peringkat antarabangsa.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dato' Dr. Haji Alias Razak.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara