Friday, 26 April 2024

25 Pelajar UniSZA Terima Bantuan Dermasiswa RM 150,000 dari Maybank

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerusi Maybank menyampaikan bantuan dermasiswa berjumlah RM 150,000 kepada 25 pelajar yang terpilih, di Kampus Gong Badak, hari ini.

Dermasiswa sumbangan Maybank itu bertujuan menyantuni pelajar asnaf fakir, asnaf miskin, anak yatim piatu, keluarga B40 dan keluarga bermasalah yang tidak mampu menanggung kos pengajian dan sara hidup terutama di UniSZA.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dr. Fadzli Adam, berkata UniSZA berbesar hati dengan sumbangan itu dengan kos keseluruhan RM 6,000 seorang merangkumi bantuan yuran pengajian, yuran kolej kediaman dan sara hidup selama dua semester.

“Pelajar yang menerima dermasiswa ini akan dipantau oleh pihak UniSZA, dengan menyediakan program pembangunan akademik dan sahsiah supaya graduan yang dilahirkan seimbang dan holistik”

“UniSZA juga adalah universiti pertama yang menerima bantuan dermasiswa dari Maybank”, katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Dermasiswa Maybank@UniSZA.

Turut hadir, Bendahari UniSZA, Encik Suhaili Mohd, Pengarah Kampus Besut, Prof Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Encik Muzafar Mohd Din, Pengarah Maybank Pantai Timur, Encik Ahmad Farid Qoureshmi Md Daud dan Ketua PerbankanPeruncitan, Encik Mat Zamri Hassan.

Sementara itu, seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) Perhubungan Antarabangsa, Amir Farhan Nordin, 22,  berkata sumbangan itu amat besar nilai buat dirinya dalam meneruskan hasrat murni menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di UniSZA.

“Saya sangat bersyukur dan gembira atas sumbangan ini yang diberikan oleh Maybank dan terima kasih juga pada UniSZA kerana memilih saya salah seorang penerima dermasiswa ini”, katanya.

Pelajar ISM Bahasa Inggeris Komunikasi yang juga penerima dermasiswa, Nur Irdina Nakifla, 21, berterima kasih atas sumbangan yang diberikan dan menyifatkan benar-benar membantu golongan sepertinya dalam penyediaan keperluan dan menyara hidup di kampus.

“Saya dari keluarga yang susah, ayah saya hanya seorang nelayan jadi dengan dermasiswa ini dapat saya guna sebaiknya bagi kegunaan sepanjang pengajian di UniSZA ini,” katanya ketika ditemui.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara