Thursday, 25 April 2024

Krishnan dan Ramesh Teruja Duduki Peperiksaan Akhir Selepas 37 Tahun

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Dua pelajar warga emas Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), M.Krishnan, 77, dan R.Ramesh, 56, begitu teruja dan lega selepas menduduki peperiksaan akhir semester, yang bermula hari ini.

Ramesh ketika ditemui berkata, meskipun sedikit tekanan kerana sudah lama tidak menduduki peperiksaan, namun dia tetap tenang dan menjawab dengan sebaiknya.

“Kali terakhir saya duduki peperiksaan adalah 37 tahun yang lalu, pada 1986 untuk STPM dan hari ini saya kembali ke dewan untuk peperiksaan pertama saya untuk Ijazah pula”

“Sudah lama tidak belajar, memang ada masalah untuk menyesuaikan diri pada permulaan tapi dengan adanya pensyarah dan rakan sekelas, mereka banyak memberi sokongan dan kerjasama yang”, katanya yang juga bapa kepada tiga anak.

Sementara itu, Krishan yang juga sahabat baik Ramesh, berkata pembahagian masa agak sukar untuk kerja dan keluarga tetapi dia tetapa berusaha untuk mencapai kejayaan dan memenuhi impian menjadi seorang peguam.

“Saya bahagikan masa dengan baik untuk keluarga, kerja dan kelas dan untuk peperiksaan akhir ini saya akan membuat yang terbaik untuk lulus dengan cemerlang”, katanya ketika ditemui.

Kedua-dua mereka ditemui selepas selesai menduduki peperiksaan Subjek Pengantar Teknologi Maklumat, di Dewan Gemilang, Kampus Gong Badak.

Ramesh dan Krishan telah mendaftar sebagai pelajar Ijazah Sarjana muda Undang-undang di UniSZA selama empat tahun tempoh pengajian pada Oktober tahun lepas.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara