Syafiq Danial Rangkul Johan Kategori 40 KM CEN di Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa PDRM

Kuala Nerus: Pelajar Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ahmad Syafik Danial Pazli, telah dinobatkan sebagai Johan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis DiRaja Malaysia bagi Kategori 40 KM CEN.
Kejayaan itu membolehkan Syafik membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 beserta piala.
Kejohanan yang julung kali diadakan itu disertai seramai 175 pelumba dari 39 kelab sukan berkuda membabitkan tiga kategori utama dipertandingkan iaitu 40km, 80km dan 100km selain kategori kenamaan (VIP) 15km.
Dalam acara VIP dimenangi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman mewakili Kelab Sukan Berkuda Polis Terengganu di tempat pertama manakala kedua, Datuk Yusof Mamat dan ketiga, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.
Hadiah kemenangan disampaikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Yang turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa.