Friday, 19 April 2024

Pelajar Terharu Dihadiahkan Komputer Riba oleh UniSZA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaantani, Nur Syamiha Aqwa Mazlan, 20, sangat bersyukur dan terharu apabila menerima komputer riba percuma daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Dia yang juga yatim piatu berkata, pemberian itu dapat memudahkan dia untuk membuat tugasan dan belajar secara dalam talian.

“Sebelum ini, saya berkongsi komputer riba dari kakak saya dan tidak mampu untuk membeli kerana wang tidak mengcukupi”

“Alhamdulillah, hari ini saya lega dan berterima kasih kepada pihak UniSZA atas keprihatinan memberi komputer riba ini”, katanya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Muhammad Hussin Mohd Ilias, 22, berkata dia amat memerlukan komputer riba bagi menyelesaikan tugasan pengajian dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat.

“Sepanjang belajar saya guna komputer riba kakak saya yang sudah uzur. Jika ada tugasan yang memerlukan aplikasi yang canggih, saya akan pinjam komputer rakan atau ke makmal untuk menyiapkan tugasan”

“Alhamdulillah berkat kesabaran, akhirnya hari ini saya menerima komputer riba yang bersesuaian dengan jurusan saya daripada UniSZA, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan,” katanya.

Katanya lagi, pemberian itu sekali gus meringankan beban emaknya yang juga ibu tunggal dan hanya bekerja sebagai pembantu kedai runcit.

Kedua-dua mereka ditemui selepas Majlis Penyerahan Komputer Riba Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda Sesi 2022/2023, di Pejabat Naib Canselor, UniSZA

Pada majlis itu seramai 24 pelajar dari 11 fakulti di UniSZA terpilih menerima komputer riba jenama Asus melalui manfaat wakaf UniSZA dari sumber janaan hasil Wakaf dan Infaq Syarikat Leos Technology.

Penyerahan telah disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam.

Turut hadir, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Encik Muzafar Mohd Din, Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmwn, Dr. Ahmad Faizol Ismail dan Pengarah Urusan Syarikat Lieos Sdn Bhd, Encik Azli Abdul Aziz.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara