Friday, 26 April 2024

Khoo & Kuan Kongsi Cerita Perayaan Tahun Baharu Cina

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: “Sebelum sambutan Tahun Baharu Cina, kami kena bayar semua hutang kalau tidak akan bernasib malang selama setahun”, kata Khoo Suk Sin, 22, ketika ditemubual UniSZATimes sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

 

Khoo Suk Sin, yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, tidak sabar pulang ke kampung halaman untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga tersayang di Kota Bharu, Kelantan.

“Masa perayaan inilah saya akan menziarahi semua ahli keluarga kerana ia adalah satu tradisi apabila Tahun Baharu Cina dan tidak lupa untuk mendapatkan angpau dari mereka yang sudah berkahwin”

“Kalau dulu saya akan pergi beli baju raya dan kelengkapan raya bersama ibu bapa seminggu sebelum perayaan, tapi semenjak tinggal di kampus saya hanya beli melalui atas talian sahaja kerana lebih mudah dan cepat” katanya yang merupakan anak bongsu dari dua beradik.

 

Khoo Suk Sin turut berkongsi pantang larang hari pertama Tahun Baharu Cina iaitu tidak dibenarkan mengemas rumah, membuang sampah dan membasuh baju kerana ia seperti membuang semua rezeki dan menghalau tuah yang ada dalam rumah atau yang datang.

Sementara itu, Kuan Zi Xian, 21, berkata bila tibanya Tahun Baharu Cina, dia tidak sabar untuk tradisi makan besar keluarga pada malam sebelum perayaan kerana itu adalah acara wajib setiap tahun bagi keluarganya.

“Biasanya saya akan bantu keluarga saya membersihkan rumah dua minggu sebelum perayaan, tapi sekarang bila sudah berjauhan, saya hanya sempat membantu untuk persediaan makanan kepada tetamu sahaja”

“Selalunya rakan sekolah serta jiran tetangga yang berbangsa Melayu dan India pun datang beraya di rumah dan dapatlah saya berjumpa dengan mereka” kataya yang merupakan pelajar ISM Pengurusan Risiko dan Takaful, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.

 

Katanya lagi, dia sangat berterima kasih dan gembira atas keprihatinan pihak UniSZA memberi tempoh cuti yang panjang kepada pelajar berbangsa Cina untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina sekaligus dapat meraikan bersama keluarga tercinta.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara