Saturday, 27 July 2024

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT: HOME MEDICATION REVIEW 2022 (SIRI 4)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

1 Disember 2022 – Khamis Program tahunan Fakulti Farmasi, Universiti Sultan Zainal Abidin, bertajuk Home Medication Review (HMR), telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan 27 orang pelajar tahun akhir Fakulti Farmasi UniSZA, 12 orang pensyarah Fakulti Farmasi UniSZA, 10 orang pegawai farmasi Hospital Besut dan Pejabat Kesihatan Daerah, 4 orang pegawai farmasi komuniti dari Farmasi Ehsan, Farmasi Hijrah Care, dan Farmasi Ibnu Sina, serta 10 orang wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Besut.

HMR pada kali ini menekankan pendedahan tentang keselamatan pengubatan dan secara tidak langsung memberikan kefahaman kepada para peserta HMR tentang ubat-ubatan yang diambil oleh mereka. Program ini sejajar dengan matlamat UniSZA sebagai sebuah universiti awam untuk pelbagai lapisan masyarakat. Keselamatan Pengubatan juga adalah salah satu matlamat yang telah disenaraikan dalam Malaysian Patient Safety Goals. Bagi mencapai matlamat keselamatan pesakit, penerangan kepada pesakit perlu bagi mencagah daripada berlakunya kesilapan pengubatan.

Berbeza dengan penganjuran pada sesi sebelum ini, program pada kali ini buat julung kalinya disertai secara fizikal oleh pelajar-pelajar Tahun 4 Fakulti Farmasi, serta mendapat kerjasama daripada pegawai-pegawai farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia dan masyarakat setempat.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Lua Pei Lin, Dekan Fakulti Farmasi, manakala majlis penutup disempurnakan oleh YBrs, Dr. Zalina Binti Zahari, Timbalah Dekan (Akademik dan Siswazah) Fakulti Farmasi.

Program berjalan secara lancar dengan penglibatan sebanyak 27 buah rumah di sekitar Besut, yang dilawat oleh 9 kumpulan, dimana setiap kumpulan terdiri daripada pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Farmasi (Kepujian), pensyarah Fakulti Farmasi, pegawai farmasi, dan diiringi wakil MPKK. Aktiviti ziarah ke rumah pesakit adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat terhadap pengambilan, penyimpanan, dan pelupusan ubat-ubatan yang betul. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pesakit serta penjaga tentang penggunaan ubat-ubatan yang selamat dan rasional.

Semoga aktiviti ini dapat terus diadakan pada tahun-tahun akan datang, untuk melahirkan mahasiswa/i Fakulti Farmasi UniSZA lebih aktif dan turut serta dalam program-program khidmat masyarakat disamping memberi manfaat kepada masyrakat. Sejajar dengan misi UniSZA, program HMR sesi 2022, diharapkan agar melahirkan mahasiswa/I yang berjiwa holistic yang mampu bersaing dengan dunia luar. Mudah-mudahan program seperti ini menjadi asbab kebaikan buat pihak Fakulti Farmasi dalam menyampaikan maklumat secara telus dan tepat kepada komuniti berlandaskan ‘Ilmu Demi Faedah Insan’.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara