Friday, 26 April 2024

Suami Isteri Sebak Terima Anugerah Anumerta Arwah Anak

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Sepasang suami isteri sebak menerima skrol Diploma Anumerta Sains Kejururawatan secara anumerta kepada arwah anak mereka, Nur Fadzielah pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-14 di sini, hari ini.

Md Isa Yaakob, 56, yang bekerja di sebuah kilang di Baling, Kedah hadir ke majlis itu bersama isterinya, Roslina Wahab, 50, dan dua anak perempuan mereka.

Md Isa berkata, anaknya meninggal dunia pada 19 Jun lepas selepas dimasukkan ke ICU pada 13 Jun 2022.

“Pada mulanya arwah terjatuh di bilik air ketika cuti semester dan mengalami strok serta memerlukan rawatan fisioterapi yang berpanjangan”

“Arwah terpaksa menangguhkan pengajian di semester terakhir, dan dia mendapat serangan sawan serta tidak sedarkan diri kemudian dimasukkan ke ICU”, katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen.

Katanya lagi, walaupun berat hati untuk hadir ke majlis itu namun mengenangkan ini adalah penghormatan dan penghargaan kepaa arwah anaknya yang merupakan harapan keluarga dia kuatkan dirinya.

“Sedih bila tengok keluarga lain meraikan anak masing-masing yang bergraduasi namun kami tidak dan kehilangannya masih dirasai kami sekeluarga”

“Tapi saya tetap bangga dengan pencapaian arwah dalam bidang sains kejururawatan dan pernah menyatakan hasrat untuk membawa saya dan isteri ke majlis konvokesyen dia”, katanya ketika ditemui.

Anugerah itu disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof Dr. Fadzli Adam.

Arwah yang juga anak ketiga daripada enam beradik jugamempunyai pasangan kembar dan kembar arwah tidak dapat hadir atas urusan kerja.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara