Thursday, 25 April 2024

2,299 Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda Mendaftar di UniSZA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS – Seramai 2,299 pelajar baharu peringkat Ijazah Sarjana Muda Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melahirkan rasa gembira apabila berjaya melalui proses pendaftaran bagi kemasukan Sesi Akademk 2022/2023, hari ini.


 
Proses pendaftaran tersebut yang diadakan secara bersemuka berjalan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi mengelak sebarang jangkitan wabak Covid-19.
 
Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr Fadzli Adam bangga dan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menyambung pengajian serta menjadi sebahagian Keluarga UniSZA.
 
“Saya berharap pelajar-pelajar dapat memanfaatkan segala peluang pembelajaran dan kemudahan yang ada tiga kampus UniSZA ini” katanya ketika ditemui di sesi pendaftaran hari ini.
 


Prof Dr. Fadzli turut meluangkan masa untuk beramah mesra bersama ibu bapa dan pelajar di perkarangan kolej kediaman UniSZA.
 
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (TNC) (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr. Zuhairah Ariff Abd Ghadas, TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Dato’ Prof Madya Ts. Hafiz Yusoff, TNC (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ts. Dr. Shukor Abd Razak, Pendaftar, Encik Ismail Musa, Bendahari, Puan Shakimah Endut, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan (CCoRM), Encik Muzafar Mohd Din dan pegawai-pegawai UniSZA

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara