Friday, 26 April 2024

Mubarakah gembira dapat masuk UniSZA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Seorang pelajar yang berasal dari Nigeria begitu teruja dan gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

 

Mubarakah B’Olowatife Mohammed Muneer’deen Olodo Al Shafi’I, 20, berkata tiada kata yang mampu diungkapkan apabila berjaya mengikuti pengajian dalam kursus diminatinya sejak di bangku sekolah lagi iaitu Ijazah Sarjana Muda Undang-undang

“Saya minat dengan undang-undang ini selepas menonton drama korea iaitu Suits semasa tingkatan empat”

“Sejak dari itu, saya belajar bersungguh-sunguh untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan memilih bidang undang-undang,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang peguam.

Anak sulung dari empat beradik itu berjanji untuk tidak mensia-siakan peluang yang diberikan dan akan berusaha membahagiakan ibu bapanya.

"Saya tidak sabar untuk memulakan pengajian di kampus ini serta mencari rakan-rakan baru di sini”

“Lagipun, saya  boleh bercakap bahasa melayu jadi tiada masalah untuk saya berkomunikasi dengan mereka meskipun saya bukannya asal negara ini” katanya ketika ditemui pada Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda Sesi 2022/2023 di Perkarangan Kolej Kediaman Kampus Gong Badak.

Sementara itu, Naib Canselor UniSZA, Prof Dr. Fadzli Adam berkata seramai 2,300 pelajar baharu pengajian peringkat ijazah sarjana muda mendaftar bagi kemasukan semester satu sesi 2022/2023, hari ini.

“Kesemua pelajar baharu ini akan mengikuti 40 program pengajian di 11 fakulti antaranya perubatan, sains kesihatan, pengajian kontemporari Islam, perniagaan dan pengurusan”

“Saya berharap pelajar yang mendaftar di Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut sudah bersedia untuk mengharungi kehidupan kampus dan membina kecemerlangan diri demi kecemerlangan universiti”

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya dan semoga dapat mengikuti pengajian sambil menjaga nama baik UniSZA”, katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama pelajar dan ibu bapa di sesi pendaftaran.

Katanya, lagi, pada semester ini semua pelajar akan mengikuti pengajian secara bersemuka dan akan ditempatkan di kolej kediaman yang telah UniSZA sediakan

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara