Tuesday, 16 April 2024

Usia Bukan Penghalang Untuk Dua Sahabat Sambung Belajar

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS: Meskipun sudah bergelar sebagai warga emas, ia bukan menjadi penghalang buat dua sahabat untuk menyambung pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Khrishnan A/L Madavanair, 77 dan Ramesh Rajagopal, 56, telah mendaftar sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-undang selama empat tahun tempoh pengajian.

Khrisnan ketika ditemui berkata, beliau memilih untuk menyambung pelajaran kerana baginya pembelajaran seumur hidup mustahak untuk menjadikan  seorang  insan yang berguna dan berwibawa.

“Saya dapat sokongan yang sepenuhnya dari isteri dan anak anak saya yang sanggup berkorban masa demi mencapai cita-cita saya” katanya yang merupakan pesara kerajaan di Jabatan Kerajaan Negeri Pahang.

Bapa kepada lima orang anak itu telah lama berhasrat untuk mengenggam segulung Ijazah dan begitu gembira kerana impian itu bakal menjadi kenyataan.

Sementara itu, Ramesh Rajagopal pula memilih untuk menyambung pengajian undang –undang di UniSZA kerana ingin menjadi seorang peguam yang bertauliah dan memastikan agar anak guaman memperolehi keadilan yang saksama.

“Saya mahu membantu membela untuk keadilan bagi mereka yang kurang upaya dengan mengendalikan Kes secara pro bono

“Saya telah bersedia untuk meluangkan masa bagi mencapai cita - cita saya disamping memenuhi komitmen keluarga serta memberi inspirasi kepada anak saya yang sedang belajar” katanya yang juga merupakan bapa kepada tiga orang anak.

Khrisnan dan Ramesh yang berasal dari Kuantan, Pahang itu telah memilih untuk tinggal di luar kampus bagi memudahkan pergerakan mereka sekiranya mempunyai urusan keluarga.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara