Friday, 19 April 2024

UniSZA pupuk minat murid tadika dan sekolah dekati STEM

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Besut: Seramai 65 murid berumur lima hingga 12 tahun telah menyertai Kem Sains Cuti Sekolah 2.0 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Besut, semalam.

Kem anjuran Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), UniSZA itu bertujuan menyuntik semangat cintakan ilmu dan memberi pendedahan kepada generasi muda tentang keseronokan menguasai ilmu sains dan teknologi.

Dekan FBIM, Prof Madya Ts. Dr. Khamsah Suryati Mohd, berkata kem  itu juga dapat memenuhi masa lapang murid-murid sempena cuti sekolah dengan aktiviti yang menarik dan bermanfaat.

“Aktiviti dan program yang kami sediakan dalam kem sains ini adalah berteraskan sains dan teknologi selaras dengan hasrat sistem pendidikan untuk memperkasakan STEM di kalangan pelajar”

“Kem ini juga adalah kali kedua diadakan dan ia semakin mendapat tempat khususnya dalam kalangan ibu bapa dan untuk menarik minat anak-anak pelajar mendekati subjek sains”, katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, kem itu telah memberi peluang untuk mereka mencuba pelbagai ujian menarik yang dapat membuktikan teori-teori sains dengan cara yang interaktif dan mudah difahami.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang kem itu antaranya kenali serangga, menggali ubi, tanaman pokok, membuat ais krim dan eksperimen sains di makmal.

Sementara itu, murid Sekolah Rendah Agama Al Amin, Marissa Adelia Ahmad Fadhli, 10, berkata dia begitu teruja dapat menyertai kem  tersebut dan menyifatkan ia adalah pengalaman pertama kali yang menyeronokkan kerana dapat bereksperimen bersama kawan-kawan.

“Kami diberikan beberapa tugas untuk menjalankan ujikaji dan ia adalah satu pengalaman yang baik. Kita juga diberikan penerangan sebaik selesai menjalankan setiap ujikaji,” katanya.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara