Friday, 26 April 2024

Beli kerusi roda eletrik demi sambung belajar

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Demi menyambung pengajian, Muhammad Danish Danial Solomon Wright@ Solomon, 18,tekad  membelanjakan wang sejumlah RM3000 untuk  membeli kerusi roda eletrik secara dalam talian.

Danish yang menghidap Cerebral Palsy sejak lahir bersyukur dan begitu gembira apabila berpeluang menyambung pengajian peringkat Diploma Sains Komputer, Fakulti Informatik dan Komputeran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Dia ketika ditemui berkata, pada mulanya dia begitu kecewa dan sedih apabila permohonan pertamauntuk ke menara gading gagal, dan dia meneruskan pengajian ke Tingkatan 6.

“Apabila keputusan gagal, saya terus isi rayuan dan pada yang sama saya mendaftar di Tingkatan 6 dan Alhamdulillah permohonon rayuan saya diterima untuk ke UniSZA”

“Saya juga telah yakinkan ibu bapa saya bahawa saya mampu berdikari dan boleh menyesuaikan diri meskipun berjauhan dengan mereka” katanya ketika ditemui pada Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu, di UniSZA, hari ini.

Anak sulong dari empat beradik itu bersyukur kerana dapat menyambung pelajaran di UniSZA dalam bidang yang diminatinya walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Baginya, kekurangan itu bukan halangan untuk terus menggapai kejayaan.

"Saya akan berusaha menyesuaikan diri sebagai seorang penuntut di universiti dan berharap kekurangan ini adalah pembakar semangat kepada saya untuk terus memperoleh keputusan cemerlang dan mencapai hasrat untuk menjadi pensyarah," katanya.

Sementara itu,Rusni Abdullah,41, berkata Danish adalah seorang anak yang kuat dan tabah kerana di sebalik kekurangan fizikal dihadapi, anaknya gigih menuntut ilmu.

“Ini kali pertama kami berjauhan dengan dia, dan insyallah saya yakin dia mampu berdikari walalupun sejak lahir, segala keperluan harian termasuk mandi, menukar pakaian, dan makan minum saya uruskan” katanya ketika ditemui.

Dia yang bekerja sebagai tukang jahit dan suaminya, Solomon Muhammad Abdul Kari, 44, seorang mekanik sentiasa menyokong cita-cita Danish dan berbangga apabila anak kesayangannya itu dapat menjejak kaki ke menara gading.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara