Prof Ts. Dr. Shukor dilantik TNC (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA

KUALA NERUS – Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Ts. Dr Shukor Abdul Razak dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkuat kuasa 3 Julai 2022.
Beliau menggantikan Profesor Dr. Fadzli Adam yang kini sebagai Naib Canselor UniSZA.
Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Muzafar Mohd Din, berkata Prof Shukor memiliki kelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian) dari University of Plymouth, United Kingdom (2007) dan Sarjana Muda Sains Komputer dari UTM pada tahun 2002.
“Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang sekuriti komputer, rangkaian komputer, rangkaian sensor tanpa wayar, forensik digital, rangkaian sosial dan kepercayaan, rangkaian ad hoc mudah alih, laman web responsif dan pembangunan aplikasi mudah alih”
“Dengan kepakaran dan pengalamam yang luas dalam sains computer, Prof Shukor telah menerima pelbagai anugerah dan kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa” katanya ketika ditemui pada Sesi Lapor Diri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di Bangunan Canselori, hari ini.