Friday, 29 March 2024

20,000 pengunjung dijangka hadir ke Jom Masuk IPT Terengganu bermula esok

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Seramai 20,000 pengunjung dijangka hadir ke program Jom Masuk IPT 2022 zon Terengganu yang akan berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak selama dua hari bermula esok.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr Fadzli Adam berkata, program yang akan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu bakal mendapat sambutan hangat kalangan pelajar-pelajar sekolah termasuklah calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia, Diploma, ibu bapa, guru-guru, kaunselor dan masyarakat setempat.

“Lebih 60 pempamer mengambil bahagian yang terdiri daripada 20 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, agensi kerajaan seperti Perbadanan Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Pendidikan Politeknik, Kolej Komuniti dan sebagainya”

“Pengunjung yang hadir juga boleh mendapatkan sesi konsultasi secara percuma bersama BKPA, JPT untuk mendapatkan informasi tentang permohonan dan haluan pemilihan program”, katanya.

Katanya lagi, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada pengunjung antarnaya cabuta bertuah, kemunculan selebriti, persembahan dikr barat dan gamelan, jualan food truck dan pemeriksaan kesihatan percuma.

“UniSZA menjemput anda semua untuk hadir dan memeriahkan lagi program yang diadakan selama dua hari ini”, katanya ketika ditemui.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara