Saturday, 04 May 2024

Alumni Sulung PUSPA Bergraduat dengan Cemerlang di Majlis Konvokesyen UniSZA ke-13

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Seramai 15 orang alumni sulung Pusat Asasi Sains dan perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (PUSPA) telah menerima Ijazah Sarjana Muda hari ini. Mereka merupakan sebahagian daripada pelajar ambilan pertama PUSPA. Kesemua mereka telah mencapai keputusan yang cemerlang dengan salah seorang alumni menerima anugerah terbaik fakulti dan seterusnya menerima pingat Ibnu Rushd. Mereka antara 3047 graduan yang bergraduat pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-13, kali ini, di Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak. Alumni PUSPA menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa pengajian ijazah di UniSZA. Kejayaan ini rentetan daripada penerapan amalan baik semasa di PUSPA seperti amalan tadabarur dan solat sunat sebelum memulakan kuliah.

PUSPA telah ditubuhkan secara rasmi pada 26 Ogos 2014 dan telah menerima akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 5 Disember 2015. PUSPA telah menerima graduan sulung seramai 60 orang, yang juga merupakan lepasan cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada pada 25 Mei 2016. Para graduan ini telah menamatkan pengajian di PUSPA pada 20 April 2017 dan melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di beberapa fakulti terpilih di UniSZA. Pada masa sekarang kesemua pelajar lepasan PUSPA ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UniSZA. Mereka boleh memilih diantara 21 program daripada 6 fakulti iaitu Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Informatik dan Komputeran, Fakulti Biosumber dan Indistri Makanan serta Fakulti Reka Bentuk Industri dan Teknologi.

Selain pengajaran akademik, PUSPA juga menitikberatkan bimbingan kerohaniah dan jasmani. Para pelajar PUSPA mengikuti aktiviti sukan sunnah iaitu memanah dan berkuda. Selain itu, mereka juga turut terlibat dengan pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan seperti pertandingan Debat Inter Asasi, Kejohanan Sukan Asasi, Pertandingan Inovasi Inter Asasi (PIITRAM), Kuiz Kimia Kebangsaan dan Malaysia Technology Expo (MTE). Dari segi kerohanian, sebelum memulakan kuliah para pelajar juga membaca ayat suci al quran dan solat dhuha terlebih dahulu. Pelajar yang terpilih juga turut mengikuti kelas hafazan al quran yang dibimbing oleh tenaga pakar.  

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara