Friday, 19 April 2024

Tunaikan cita-cita Ibu, graduan bangga terpilih Anugerah Pelajaran DiRaja UniSZA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS – “Ibu sangat nak jadi cikgu, tapi tidak dapat jadi saya sangat gembira dapat menunaikan impian dia”, kata Muhammad Aizuddin Harif, 25 ketika ditemui di Majlis Idul Ilmu Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini.

Aizuddin yang kini bergelar seorang pendidik dan sedang berkhidmat di SMK Belawai, Sarawak telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) sempena majlis konvokesyen kali ini.

“Alhamdulillah, saya begitu bersyukur dan gembira kerana terpilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran DiRaja ini dan berterima kasih pada semua yang telah membantu saya selama ini”, katanya ketika ditemui.

Dia yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian) merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam kebudayaan dan sering terlibat dalam pelbagai program di peringkat universiti hingga ke antarabangsa.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Carolyn Loh Tze Ing, 24, turut menzahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada UniSZA dia atas penghargaan itu.

Dia yang merupakan graduan Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) di Fakulti Sains Kesihatan kini meneruskan pengajian dalam program Sarjana Sains Perubatan di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Terapi Pemakanan Dalam Penjagaan Kritikal.

# # #

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara