Monday, 15 April 2024

3,238 graduan UniSZA dirai di Majlis Idul Ilmi konvokesyen ke-13

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS: Seramai 3,345 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima doktor falsafah (Phd), sarjana, ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Idul Ilmi konvokesyen ke-13 bermula hari ini.

 

Naib Canselor UniSZA, Prof Dr. Fadzli Adam, berkata majlis konvokesyen selama empat hari ini diadakan sebanyak lapan sidang dan disempurnakan oleh Pro-Canselor UniSZA, Tan Sri Dato’ Dr. Mohamad Yusof Haji Mohamed Nor.

“Seramai 107 graduan diangerahkan PhD dan 84 graduan pula dianugerahkan sarjana sains dan sarjana sastera”

“Bagi penganugerahan ijazah pula, seramai 1,753 graduan akan menerima ijazah sarjana muda yang membabitkan 10 buah fakulti dan 1,152 graduan diploma dari lapan fakulti”, katanya pada majlis berkenaan.

 

Katanya lagi, majlis konvokesyen pada kali ini turut menganugerahkan Diploma Pascasiswazah Pendidikan kepada 142 graduan pada sidang pertama.

Sementara itu, penerima Anugerah Pelajaran DiRaja adalah seramai dua orang iaitu Muhammad Aizuddin Harif, graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian) dan Carolyn Loh Tze Ing, graduan Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian.

Kedua-dua graduan berkenaan menerima wang tunai sebanyak RM 7,500.00, sijil dan pingat bersadur emas bernilai RM 1,000.00

 

# # #

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara