Thursday, 25 April 2024

Graduan terakhir penutup tirai Konvokesyen UniSZA ke-12

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS: Menjadi graduan terakhir naik ke pentas adalah satu kenangan yang sangat berharga buat Khairul Ikhwan Mohd Sipullizan.

Khairul Ikhwan, 22, berkata dia begitu teruja dan gembira kerana mendapat tepukan yang begitu gemuruh ketika menerima skrol di atas pentas.

“Bila nama saya diumumkan, satu dewan beri tepukan sehingga saya rasa seperti seorang selebriti”

“Tak sangka pulak saya menjadi graduan terakhir sekaligus menutup tirai majlis konvokesyen pada kali ini”, ujarnya ketika ditemui.

Graduan Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) itu merupakan anak sulung kepada Mohd Sipullizan Mohd A Aziz dan Darmila Ali.

“Mungkin saya akan naik ke pentas sebagai orang pertama yang menerima Anugerah Pelajaran DiRaja pula selepas ini”, katanya yang kini menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (ISM) Bahasa Inggeris dengan komunikasi di UniSZA.

Khairul Ikhwan antara 423 graduan yang menerima Diploma pada Majlis Idul Ilmi konvokesyen UniSZA ke-12, hari ini, di Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara