Monday, 24 June 2024

Ibu sayu terima diploma anak

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS : “Saya gagah ke sini untuk mengambil diploma anak kerana bangga dengannya,” luah Fadhilah Wahab.

Fadhilah adalah ibu kepada Allahyarham Muhammad Taufik Hakim Che Razmi,23, graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru tahap tiga dan covid-19 tahap lima.

Allahyarham yang meneruskan pengajian peringkat sarjana muda bagi sesi 2020/2021 sepatutnya menerima diplomanya pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-12, hari ini.

Norliza berkata, Allahyarham meninggal dunia semasa tahun kedua pengajian pada 22 September tahun lalu di Institut Kanser Negara (IKN).

Fadhilah, 50, mencuri perhatian apabila naik ke pentas untuk menerima Diploma Rekabentuk Perindustrian milik Taufik yang disampaikan oleh Naib Canselor (Menjalankan Fungsi), Prof. Dr. Fadzli Adam. .

Fadhilah yang ditemui selepas sesi konvokesyen itu berkata, walaupun anak keduanya itu sudah tiada, dia tetap mengagahkan diri untuk hadir dan menerima diploma tersebut.

“Saya mintak suami naik, tapi dia tidak kuat jadi saya gagahkan diri juga untuk naik ke pentas hari ini dan memang sayu rasaya kerana teringatkan arwah”

“Bila tengok rakan-rakan arwah, sebak rasanya kerana arwah bersungguh-sungguh menamatkan diplomanya dan meneruskan pula pengajian di peringat ijazah”, katanya yang hadir bersama suaminya, Che Razmi Abdul Razak, 58.

Sebelum itu, kedua mereka turut hadir sidang kakak kepada Taufik iaitu Anis Raihanah, graduan Ijazah Sarjana Muda (ISM) Usuluddin dengan Kaunseling pada hari kedua majlis konvokesyen.

Menurut Fadhilah, arwah sempat meminta dia untuk mengisi borang penangguhan semester apabila disahkan menghidap kanser dan terpaksa menjalani rawatan Kemoterapi di Putrajaya.

“Meskipun rakan sekuliah ada meminta untuk membeli barangan hasil kerja arwah, saya tidak akan menjualnya kerana itu adalah kenangan yang ada untuk saya simpan”

“Malah, kami telah membingkaikan dan menyimpan semua hasil kerja arwah semasa dia belajar dengan sebaiknya dan letak di tempat yang khas di rumah kami, katanya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Katanya lagi, walaupun anaknya telah tiada, sebagai seorang ibu, dia bangga dengan Allahyarham dan berharap semoga kejayaan Taufik dapat menjadi contoh yang baik kepada orang lain.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara