Wednesday, 24 April 2024

Naik pentas konvo dalam berpantang

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS – Meskipun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata, graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tetap hadir ke Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-17, hari ini.

Yus Amira Mohd Yusuf, 26, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (ISM) Teknologi  Maklumat (Informatik Media) hadir bersama suaminya, Mohamd Amirul Hakim Mohd Sanusi, 26, juga graduan yang sama.

Dia ketika ditemui berkata, walaupun baru lima hari melahirkan cahaya mata sulung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dia tetap hadir kerana itu adalah hari bersejarah dia dan suaminya.

“Saya sudah meminta izin dari doktor dan dia benarkan saya hadir ke majlis ini dengan beberapa nasihat”

“Lagipun, saya bersalin secara pembedahan jadi saya kena berhati-hati dan menggunakan kerusi roda sepanjang berada di majlis tadi”, katanya yang kini menyambung pengajian peringkat Sarjana di UniSZA.

Katanya lagi, dengan adanya suami bersama di dalam dewan tiada masalah buat dia untuk bergerak dan merakam kenangan sepanjang majlis.

“Kami tidak bawa anak bersama hadir pada hari ini sebab dia masih di HUSM untuk perawatan oleh pihak hospital” katanya ketika ditemui.

Amira dan suaminya bernikah pada 1 Januari 2021 dan selamat melahirkan cahaya mata lelaki bernama Muhammad UmarAl-Fateh pada 20 Januari lalu.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara