Saturday, 27 April 2024

Graduan Cina terima PhD Pendidikan Islam, tunai hasrat mendiang ibu

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Seorang graduan berbangsa Cina menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan Islam pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA kali-12 di Dewan Al Muktafi Billah Shah, Kampus Gong Badak.

Datuk Dr. Ang John Sun, 55, ketika ditemui berkata, dia begitu gembira kerana dapat menunaikan amanat mendiang ibunya yang memintanya menyambung pengajian sehingga peringkat PhD.

“Ibu saya teringin sekali melihat saya mendapat PhD dan hari ini saya sangat gembira kerana dapat merealisasikan impian dia walaupun sudah tiada”

“Sedih juga sebenarnya kerana semasa mendaftar Phd di UniSZA, dia datang menemani saya dan dia sangat gembira saya melanjutkan pengajian sehingga peringkat PhD” katanya ketika ditemui di majlis konvokesyen berkenaan.

Katanya lagi, tinggal bersama masyrakat melayu membuatkannya sentiasa berkomunikasi bahasa melayu dengan fasih serta minat mendalami ilmu Pendidikan Islam

“Saya mula pengajian PhD pada tahun 2018 dan sebelum ini Sarjana Sains di UPM dan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Kemanusiaan di USM”

“Masa SPM saya ambil mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekarang pun saya mengajar Bahasa Melayu di sekolah”  katanya yang juga Ketua Bidang Bahasa di SMK Badak Bachok, Kelantan.

Bapa kepada anak kembar lelaki dan perempuan  itu hadir ke majlis konvokesyen bersama isterinya, Datin Kee Hui Bin, 50.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara