Friday, 26 April 2024

Datuk 82 tahun terima Ijazah Sarjana, kini sambung PhD

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Berusia 81 tahun dan memiliki lapan cucu bukan halangan buat Datuk Victor Isaacs menyambung pengajian, seterusnya bergelar graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Victor yang menerima Ijazah Sarjana Sains pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-12 berkata, menyambung pengajian pada usia emas bukan mudah, namun ia antara cabaran perlu ditempuhnya.

Selain faktor usia, katanya, meneruskan pengajian dalam bidang berbeza juga salah satu cabaran ketika menuntut ilmu selama lebih empat tahun di UniSZA.

“Sebelum ini, saya adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan sekarang saya mempunyai firma guaman sendiri dan berkerja sebagai peguam sejak 40 tahun lalu”

“Kini saya meneruskan pengajian di peringkat PhD bermula tahun 2020 lalu mod penyelidikan dalam bidang Euthanasia” katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen, di sini, hari ini.

Bapa kepada enam cahaya mata itu berkata, dia terfikir menyambung pengajian ijazah sarjana kerana untuk menambah ilmu pengetahuan untuk meneruskan penyelidikan Euthanasia.

“Saya sedang buat kajian tentang keganasan dalam rumahtangga yang dipengaruhi oleh dadah dan saya temubual beberapa orang penagih berkenaan kajian ini” katanya yang hadir bersama isteri dan anaknya.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara