Friday, 19 April 2024

Pakaian kahwin jadi pilihan di hari konvokesyen

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS : Seorang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memilih untuk memakai busana perkahwinannya di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA kali ke-17, hari ini.

Nurulaina Haimi, 25, tampil menarik perhatian tetamu dengan persalinan rona putih bersama suaminya, Mohd Abdul Jabbar Mohd Zain, 28.

Dia ketika ditemui berkata, tujuan dia memakai pakaian berkenaan adalah demi rakan -rakan sekelasnya yang ingin meraikan perkahwinannya dia dan suaminya secara bersemuka di hari konvokesyen itu.

“Saya kahwin bulan November tahun lepas di Kelantan tapi masa itu PKP dan tiada majlis diadakan kerana mengikut SOP yang sepatutnya”

“Masa itu, rakan sekuliah semua tak dapat hadir kerana PKP dan mereka melihat pernikahan saya hanya secara alam maya”, katanya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Kaunseling itu.

Katanya lagi, dia dan suami bersetuju untuk memakai semula busana perkahwinan mereka untuk merakam kenangan bersama rakan sekuliah yang hadir pada konvokesyen UniSZA di Kampus Gong badak.

“Mujurlah baju ini kami beli dan bukannya sewa di butik pengantin jadi tiada masalah untuk saya dan suami memakainya semula” katanya yang kini bertugas sebagai seorang guru di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Selangor.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara