Friday, 19 April 2024

Konvokesyen bersemuka 3,345 graduan UniSZA Ahad depan

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS – Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kali ke-12 tahun 2022 akan diadakan secara bersemuka selama lima hari bermula 23 hingga 27 Januari depan.

UniSZA dalam kenyataan hari ini memaklumkan, konvokesyen ini membabitkan semua graduan UniSZA bagi tahun 2020, iaitu seramai 3,345 graduan.

“Sebanyak sepuluh sidang dijadualkan akan berlangsung bermula dari Ahad ini, bertempat di Dewan Al Muktafi Billah Shah (DABS), UniSZA Gong Badak”

“Majlis Idul Ilmi Konvokesyen secara  bersemuka akan dilaksana mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)”

Festival Maya sempena Majlis Idul Ilmi Konvokesyen turut berlangsung selama lima hari bermula Ahad ini

 “UniSZA telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Festival Maya ini antaranya Pertandingan Membaca Berita, Penulisan Khat, Mewarna, Fotografi, e-Sport dan Tarannum Al-Quran”

“Kami menjemput orang ramai turut serta bagi memeriahkan lagi festival yang berlangsung secara dalam talian ini di platform YouTube dan Facebook”

 

# # #

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara