Program Keusahawanan Sosial UniSZA Bantu Tingkat Ilmu Pemasaran Digital Golongan OKU

UniSZA Gong Badak, 15 Januari 2022- Menyedari pentingnya mempelajari ilmu pemasaran digital, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT) dengan kerjasama pelajar kursus Kor Eksplorasi Inovasi Sosial di bawah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) telah menganjurkan Program Pemindahan Ilmu dan Pemerkasaan Kemahiran kepada ahli Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) hari ini.
Melalui program ini, golongan OKU yang mengambil bahagian berpeluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan mempelajari pelbagai kemahiran pemasaran digital daripada fasilitator dari MDEC secara hybrid.
Turut hadir, presiden POKUAT En. Fakhrudin berkata, “program seperti ini sudah lama tidak dibuat kepada POKUAT, terima kasih kepada penganjur menjemput POKUAT hadir ke UniSZA. Pengalaman yang menyeronokkan belajar seperti seorang pelajar”.
Mereka berharap program sebegini dapat diteruskan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan ahli usahawan. UniSZA dalam usaha memperkasakan program-program berbentuk keusahawanan sosial.