Wednesday, 24 April 2024

Bank Islam konsisten sumbang zakat RM 100,000.00 kepada UniSZA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuala Nerus : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) secara konsisten telah meyumbang zakat RM 100,000.00 setiap tahun kepada UniSZA bermula daripada tahun 2017 hingga kini.

Naib Canselor (Menjalankan Fungsi), Prof Dr Fadzli Adam, berkata sumbangan BIMB sebelum ini telah diagihkan dengan pelbagai mekanisme yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Dana Wakaf UniSZA.

“Bantuan sumbangan diagihkan kepada pelajar UniSZA daripada dalam dan luar negara”

“Keutamaan diberikan kepada pelajar yang datang daripada keluarga fakir miskin serta bantuan lain seperti biasiswa, kemudahan komputer dan  menyelesaikan  hutang pengajian”, katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Zakat oleh Bank Islam Malaysia Berhad,semalam di Canselori UniSZA.

BIMB telah dihadiri oleh Pengurus Wilayah Timur, Puan Rosmawati  Mohamed Zin, Pengurus Konsumer Negeri, Nik Mohamad Nasuha Nik Razin, Pengurus Deposit, Tuan Syed Ahmad Kamir Syed Kharuddin dan Pengurus Cawangan Kuala Nerus, Mohd Yuzuan Muda.


Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Prof Dr. Kamarul Shukri Mat Teh,  Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen, Prof Madya Dr Engku Muhammad Tajuddin Timbalan Bendahari, En Suhaili Mohamad.

Jazakumullahu khairan diucapkan kepada Bank Islam Berhad. Semoga Bank Islam Berhad terus berkembang maju dan menjadi bank yang terbesar di negara ini.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara