Friday, 19 April 2024

UniSZA Naib Juara Debat DiRaja antara IPT 2021 - Kategori Bahasa Melayu

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Putrajaya - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah dinobatkan naib juara Debat Diraja Antara IPT 2021 (Kategori Bahasa Melayu) yang berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Zenith Putrajaya hari ini.

 

Pasukan UniSZA selaku pihak kerajaan telah berentap di pentas akhir bertemu pasukan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang bertindak sebagai pihak pembangkang.

Pasukan UniSZA telah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.00, piala iringan, buku tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan sijil.

 

Lebih manis lagi, hadiah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan turut disaksikan Pengerusi Debat Diraja IPT 2021, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Seluruh warga UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat pasukan UniSZA dan amat berbangga terhadap pencapaian yang diperoleh.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara