Friday, 26 April 2024

Lawatan dan Penyampaian Bantuan Kepada Pelajar yang Mengalami Kebakaran Rumah

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kajang, Selangor: Prof. Madya. Dato' Dr. Mohd Hafiz Yusoff, Timbalan Naib Canselor (HEPA) telah meluangkan masa menziarahi pelajar UniSZA semalam  bertempat di Kajang, Selangor iaitu Saudara Muhammad Firdaus bin Khairul yang rumahnya terlibat dalam kebakaran pada 14 Disember 2021. Muhammad Firdaus merupakan pelajar Tahun 1 di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UniSZA.

Dalam kejadian tersebut, rumah Muhammad Firdaus telah hangus dijilat api yang dikatakan berpunca daripada kebakaran di kedai makan berhampiran yang telah merebak sehingga ke rumahnya. Kebakaran tersebut menyebabkan segala kelengkapan pembelajarannya seperti komputer riba, mesin pencetak serta barangan lain musnah.

Prof. Madya. Dato' Dr. Mohd Hafiz telah menyampaikan sumbangan bantuan bencana sebanyak RM1000 dan sumbangan daripada masjid UniSZA sebanyak RM300. Selain itu, PM Dato' Dr. Hafiz juga menawarkan kemudahan asrama kepada Muhammad Firdaus sekiranya ingin kembali ke kampus dan berharap Muhammad Firdaus dan keluarga tabah menghadapi ujian ini.

Turut bersama dalam lawatan ini adalah Encik Mazlan bin Mohammad, Ketua Penolong Pendaftar PTNC HEPA dan Encik Zainal Azlan bin Zainudin, Pen. Pegawai Tadbir di PTNC HEPA.

Sumber: HEPA UniSZA

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara