Thursday, 25 April 2024

Dato’ Mohd Hafiz dilantik TNC (HEPA) UniSZA yang baharu

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Pengarah Bahagian Governan IPTS, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Dato’ Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Yusoff, dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang baharu.

Pelantikan beliau selama tiga tahun itu berkuatkuasa pada 15 Disember sehingga 14 Disember 2024.
 
Menurut Pengarah Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan (CCoRM), UniSZA, Muzafar Mohd Din, Mohd Hafiz merupakan pakar bidang teknologi maklumat seperti e-pembelajaran dan teknologi pendidikan.
 
“Beliau pernah berkhidmat di UniSZA pada Mei 2018 sehingga Januari 2020 sebagai pensyarah di Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) sebelum bertugas di Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) Kedah pada Februari 2020 sehingga Ogos 2021” katanya.
 
Muzafar berkata, Mohd Hafiz juga merupakan Ketua Fasilitator untuk Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQuest) untuk sesi 2022 dan pernah menjadi penilai lebih 20 kolej swasta di Malaysia pada 2012 dan 2013.
 
Katanya lagi, seluruh warga UniSZA mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas pelantikan tersebut.

# # #

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara