Program Outreach 2021-Pengurusan Ternakan Ikan Empurau
Program Outreach 2021-Pengurusan Ternakan Ikan Empurau anjuran bersama Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) dan rakan industri FBIM iaitu Borneo Empurau Farm (BEF) telah diadakan pada 21 Oktober 2021 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang melalui pelantar pautan -Cisco Webinar Webex. Para penceramah yang terlibat sepanjang program ini ialah Prof Madya Dr. Connie Fay Komilus, Dr Ishamri Ismail, Dr Saiful Iskandar Khalit, Dr Ha Hou Chew, dan Dr Nguang Siew Ng. Program ini turut dihadiri oleh wakil dari syarikat ternakan ikan dari Sarawak seperti Borneo Empurau Farm, Resort Sdn.Bhd, Borneo Aquaculture, BE Farm Sdn. Bhd, Stesen Pertanian Tarat (IFRPC) dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak. Program ini juga disertai oleh staf akademik dan pelajar FBIM.
Kerjasama ini adalah melibatkan penyelidikan dan pembelajaran bagi meningkatkan dan berkongsi pengetahuan dengan komuniti dalam penternakan ikan empurau. Selain itu, objektif program ini juga adalah untuk merapatkan hubungan sillaturrahim antara pensyarah dan komuniti.
Program ini dirasmikan oleh Dekan FBIM, Prof Madya Dr. Khamsah Suryati binti Mohd. Terdapat 5 sesi sepanjang program ini berlangsung. Sesi pertama dimulakan dengan topik Feed Processing Technology oleh Prof Madya Dr Connie Fay Komilus. Sesi kedua-Fish Culture And Disease pula disampaikan oleh Dr Nguang Siew Ing dan sesi ketiga-Fish Processing Technology oleh Dr Ishamri Ismail. Sesi sebelah petang pula disampaikan oleh Dr Ha Ho Chew dengan topik Broodstock Management dan sesi terakhir- Technicality Of Water Quality Management disampaikan oleh Dr Saiful Iskandar Khalit.
Diharapkan, kerjasama ini akan berterusan dan dapat berkongsi ilmu dengan komuniti, pensyarah dan pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan teknik dalam bidang Pengurusan Ternakan Ikan Empurau.