Monday, 06 May 2024

Pemberian Vaksin secara walk-in di UniSZA selama tiga hari

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS, 24 Ogos - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mewujudkan pemberian vaksin COVID-19 secara walk-in di Kampus Gong Badak terbuka buat penduduk sekitar Kuala Nerus sahaja bagi membantu mencapai imuniti kelompok.



Penyelaras PPV tersebut, Dr Nik Ahmad Shaifuddin Nik Him berkata, PPV di Dewan Al Muktafi Billah Shah (DABS) di Kampus Gong Badak itu yang berumur 18 tahun keatas serta tidak mempunyai sejarah alergi teruk.

Katanya, inisiatif tersebut diadakan berdasarkan prinsip ‘first come, first serve’ bermula hari ini sehingga 26 Ogos (khamis) ini dan beroperasi pada waktu 9 pagi sehingga 3 petang.

“Syarat lain termasuk mereka yang terlepas temujanji vaksinasi di UniSZA, belum mendapat temujanji vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera atau belum mendaftarkan diri untuk vaksinasi dalam sistem tersebut.

“Ini tertakluk kepada bekalan vaksin yang kita dapat, nasihat saya bagi komuniti di daerah Kuala Nerus yang ingin disuntik agar membawa pen dan kad pengenalan/pasport masing-masing.

UniSZA merupakan institusi pengajian tinggi (IPT) ketiga di negara ini menubuhkan sejak 13 Jun bagi membantu kerajaan menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sumber : UPDI

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara