Penerimaan Bantuan Siswa Prihatin Covid 19 3.0 Daripada Celcom Dengan Kerjasama Malaysian Relief Agency

UniSZA menerima sebanyak 550 beg bantuan makanan daripada pihak Celcom dengan kerjasama Malaysian Relief Agency untuk pelajar UniSZA yang berada di kampus. Beg makanan yang mengandungi biskut, maggi, sabun, mask dan lain lain dengan kos berjumlah RM17,000 akan diagihkan kepada pelajar diketiga-tiga kampus.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Encik Mohd Hafizi bin Haji Mohamad Padely, Ketua Sektor Awam, Pertahanan dan Keselamatan, Celcom Axiata Berhad kepada Encik Mazlan bin Mohammad, Ketua Penolong Pendaftar PTNC HEPA mewakili Timbalan Naib Canselor (HEPA).
Pihak Pengurusan UniSZA dan PTNC HEPA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Celcom dan Malaysian Relief Agency atas sumbangan ini. Semoga sumbangan ini dapat mendatangkan manfaat kepada pelajar dan mengurangkan beban kewangan pelajar.
Sumber : HEPA UniSZA