Tuesday, 12 November 2024

Penerimaan sumbangan barangan makanan daripada sekretariat food bank malaysia

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

KUALA NERUS: UniSZA telah menerima sumbangan makanan kering daripada Sekretariat Food Bank Malaysia untuk diagihkan kepada para pelajar UniSZA. Sumbangan kali ini melibatkan 6 jenis barangan makanan kering seperti choco chips, biskut tiger, air minuman, mee segera dan lain-lain.

Sumbangan barangan makanan kering tersebut akan diagihkan kepada para pelajar UniSZA di Kampus Gong Badak dan Kampus Perubatan (Asrama MAIDAM) secara berperingkat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Sekretariat Food Bank Malaysia atas sumbangan barangan makanan kering tersebut.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak KPDNHEP dan para pelajar Mawaddah Foodbank UniSZA di bawah SGPS kerana menggerakkan program Food Bank Siswa di UniSZA.

 

 

Sumber : HEPA UniSZA

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara