Friday, 26 April 2024

Melissa gembira terima kerusi roda eletrik untuk latihan industri

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus - Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Normelisa Mohd Yadi, menerima bantuan Kerusi Roda Elektrik bagi memudahkan pergerakan tanpa bantuan orang lain untuk menjalani latihan industri.

Kerusi roda baharu itu adalah sumbangan Pejabat Wakaf dan Infaq UniSZA yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh di Pejabat TNC HEPA kepada Normelisa sambil ditemani bapanya, Mohd Yadi.

Normelisa berkata, dia memerlukan kerusi roda elektrik itu bagi memudahkan pergerakannya untuk menjalani latihan industri kerana sepanjang menjalani latihan industri beliau perlu bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

Sebelum ini  saya tidak mengalami masalah kerana UniSZA telah menyediakan pembantu mahasiswa (rakan siswa) untuk membantu memudahkan pergerakan menghadiri kuliah serta menjalani kehidupan di kampus.

 

Tapi untuk latihan industri ini, saya akan berseorangan tanpa rakan siswa, jadi dengan adanya bantuan kerusi roda eletrik ini ia memudahkan lagi pergerakan saya secara sendirian

katanya ketika ditemui.

Normelisa begitu gembira dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan UniSZA kerana sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar OKU di UniSZA

Normelisa yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab (Dengan Kepujian) daripada Fakulti Bahasa & Komunikasi (FBK) telah menjalani latihan industri di Arabic Language and Consultancy, Kota Bharu sejak 3 Julai lalu.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara