Monday, 24 June 2024

27 OKU pekak terima suntikan vaskin Di UniSZA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus – Seramai 27 orang ahli Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) telah menerima suntikan vaksinasi covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin IPT (Integrasi) UniSZA, di sini hari ini. Presidennya, Tengku Arman Haris Tengku Ismail, berkata ia  merupakan kumpulan keempat daripada ahli persatuan yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dan kira-kira 118 orang daripada 658 ahli telah berjaya menerima vaksinasi covid-19.

“Sebelum ini, seramai 30 orang telah menerima suntikan vaksin di PPV awam Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, 65 orang di PPV awam Terengganu Trade Centre dan 23 orang di PPV awam di Besut.

“Mereka ini telah diiringi oleh beberapa orang sukarelawan yang bertindak sebagai pemudahcara dalam memudahkan komunikasi dengan urusetia PPV”, katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, POPT masih dalam usaha mendaftarkan lebih ramai lagi ahli persatuan untuk mendapatkan vaksin covid-19 dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua ahli.

Tambahnya lagi, sehingga kini, kira-kira 50 ahli POPT dari daerah Kuala Nerus telah pun bersetuju mengikuti program vaksinasi  dan sedang menunggu panggilan dari UniSZA.

Ramai di kalangan ahli kami yang teruja untuk menerima suntikan vaksin ini, dan ada juga sebilangan kecil yang mengambil sikap tunggu dan lihat terlebih dahulu kerana risau dengan kesan sampingan yang akan diterima. Saya percaya mereka akan lebih yakin untuk menerima suntikan setelah melihat ramai di kalangan rakan mereka telah berjaya mendapatkan suntikan tanpa sebarang kesan sampingan yang teruk

katanya.

Pusat Pemberian Vaksin IPT (Integrasi) UniSZA telah memulakan operasi pada 9 Jun 2021 dan sehingga 8 Julai 2021 seramai 8740 orang telah berjaya mendapatkan dos pertama manakala 1086 orang lagi telah berjaya mendapatkan dos kedua.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara