TEMA
"HIGHER EDUCATION FUTURES:CONNECTING MINDS THROUGH AI & INNOVATION"
Karnival e-Pembelajaran UniSZA (UniCeL) bertindak sebagai platform bagi tujuan mempromosi, meneroka dan berkongsi amalan terbaik dalam e-Pembelajaran dalam kalangan ahli akademik di Malaysia. Pada tahun ini, UniCeL mengangkat tema “HIGHER EDUCATION FUTURES:CONNECTING MINDS THROUGH AI & INNOVATION" iaitu merujuk kepada masa depan pendidikan tinggi yang diterajui oleh kecerdasan buatan, kolaborasi pintar dan inovasi tanpa batas – AI mencetus dan memangkin rangkaian idea dan pemikiran baharu yang mengujakan dan mencetuskan inspirasi ke arah graduan holistik tersedia masa hadapan.
KATEGORI PERTANDINGAN
![]() |
Invention, Innovation Design on e-Learning Hasil produk, strategi, pendekatan atau konsep yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknologi digital yang dihasilkan oleh ahli akademik dan pelajar. |
![]() |
Anugerah Reka Bentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif Hasil projek atau penyelidikan serta inisiatif yang dilaksanakan oleh ahli akademik UniSZA. |
![]() |
SULAM INNOVATE@UniSZA Satu inisiatif transformatif dan fleksibel yang merujuk kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah. |
![]() |
Young Educational Innovators Challenge Hasil projek atau inisiatif bersama komuniti yang telah dan akan dilaksanakan oleh sekolah. |
Oleh itu, kami mengalu-ngalukan penyertaan dari semua yang berminat bagi berkongsi inovasi pendidikan dalam pertandingan ini.
HUBUNGI KAMI