Pertandingan SULAM Innovate UniSZA

SYARAT DAN PERATURAN
PERTANDINGAN SULAM INNOVATE

1.0 DEFINISI SULAM
SULAM adalah singkatan bagi Service Learning Malaysia – University for Society. SULAM merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggabungkan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti. Melalui SULAM, nilai kredit dan jam pelaksanaan khidmat komuniti dikira dalam jumlah jam pembelajaran bagi kursus yang berkaitan di Institut Pendidikan Tinggi (IPT). SULAM boleh dijalankan secara bersemuka atau e-SULAM (pelaksanaan projek SULAM dengan komuniti adalah secara dalam talian).

Bagi maksud pertandingan ini, sesuatu projek SULAM perlu memenuhi kriteria berikut:
a) Projek tersebut adalah berasaskan pedagogi service-learning.
b) Pelajar bertindak sebagai pemberi perkhidmatan yang menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari di dalam kursus akademik untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti yang telah dikenalpasti.
c) Projek SULAM menggunakan sekurang-kurangnya satu daripada pendekatan yang berikut:
i. Langsung – contohnya, projek bengkel praktikal seni/muzik/tarian untuk komuniti pelajar sekolah
ii. Tidak langsung – contohnya, projek penghasilan video berkenaan pemulihan ekosistem alam sekitar
iii. Advokasi – contohnya, projek kempen maklumat awam mengenai topik berdasarkan keperluan komuniti setempat
iv. Penyelidikan – contohnya, projek yang menjalankan penyelidikan kualiti air dalam komuniti.
d) Pelaksanaan projek e-SULAM perlu melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai medium penyampaian perkhidmatan kepada komuniti. Aspek-aspek perancangan dan pelaksanaan Projek e-SULAM dijalankan secara dalam talian.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN
Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengiktiraf pelaksanaan SULAM bersama komuniti dalam kalangan pelajar dan pensyarah IPT dengan penglibatan orang awam, badan bukan kerajaan, industri dan agensi berkaitan secara lebih tersusun.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori kategori iaitu:
a) Projek SULAM INNOVATE 2024
- Kategori ini berfokus kepada projek SULAM yang berimpak tinggi kepada komuniti serta pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan bersama komuniti bagi Sesi 2023/2024.
b) Projek SULAM INNOVATE 2025
- Kategori ini berfokus kepada projek SULAM yang berimpak tinggi kepada komuniti serta pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan bersama komuniti bagi Sesi 2024/2025.

4.0 SYARAT PENYERTAAN
a) Permohonan terbuka kepada individu pelajar atau kumpulan pelajar IPT (Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti).
b) Bagi kategori Projek SULAM INNOVATE, projek mesti merupakan sebahagian daripada kursus akademik sedia ada yang ditawarkan di IPT tersebut bagi sesi 2023/2024 dan sesi 2024/2025.
c) Setiap individu (pelajar) hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja sebagai ketua kumpulan, tetapi dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan sebagai ahli bagi kumpulan lain.

d) Setiap kumpulan dibenarkan untuk dianggotai oleh tidak lebih daripada 10
orang peserta. Pensyarah kursus tersebut berperanan sebagai
koordinator/penasihat kepada kumpulan pelajar terbabit.

e) Setiap penyertaan perlu lengkap dan berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan.
f) Projek juga perlu dijajarkan kepada Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (Sustainable Development Goals 2030).
g) Penganjur pertandingan berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat pertandingan dan/atau mempunyai maklumat yang tidak benar.
h) Finalis pertandingan yang terpilih perlu membentangkan Projek SULAM di hadapan panel penilai yang dilantik oleh penganjur.
i) Permohonan MESTI diperakukan oleh Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor atau yang setaraf*.
*Rektor/Presiden/Ketua Eksekutif
j) Keputusan juri yang dilantik adalah muktamad.

Borang permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan berkaitan projek perlu dikemukakan kepada urus setia melalui e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. . Borang permohonan boleh didapati di http://tiny.cc/sulaminnovate. Penghantaran dokumen hendaklah dibuat melalui Google Drive dan pastikan pautan yang diberikan boleh diakses oleh umum.
k) Sebarang maklumat, dokumen dan gambar yang dikemukakan boleh digunakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi tujuan promosi, penerbitan dan penyebaran maklumat berkaitan program.

5.0 KRITERIA PENILAIAN
a) Penilaian peringkat saringan awal (penilaian dokumentasi) dan peringkat akhir (pembentangan) adalah berdasarkan lapan (8) kriteria berikut:
i. Keaslian dan inovasi
ii. Relevan kepada kursus akademik
iii. Impak kepada komuniti
iv. Impak projek terhadap pembangunan pelajar
v. Kolaborasi dan sumbangan daripada industri / agensi / NGO dan lain-lain
vi. Kemampanan projek
vii. Sokongan terhadap Matlamat Sustainable Development Goals (SDG)
viii. Keterlihatan