Pertandingan AKRI

  PENGENALAN

  • AKRI - Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif.
  • Anugerah ini bertujuan untuk mengenal pasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan samada di peringkat institusi atau individu.
  • Mempunyai EMPAT kategori seperti berikut:
    • Kurikulum Program Pengajian Inovatif
    • Pengajaran Transformatif
    • Pengalaman Pembelajaran Imersif
    • Pentaksiran Alternatif

  SYARAT UMUM

    • Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli akademik yang berkhidmat UniSZA samada secara individu atau berkumpulan.
    • Penyertaan untuk kategori Kurikulum Program Pengajian Inovatif adalah melalui fakulti manakala penyertaan Pengajaran Transformatif, Pentaksiran Alternatif dan Pengalaman Pembelajaran Imersif adalah secara individu atau berkumpulan.
    • Pemohon perlu mengemukakan satu (1) video berdurasi tidak lebih dari pada tiga(3) minit yang menerangkan projek masing-masing.
    • Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberikan.
    • Ahli kumpulan yang menyertai AKRI tidak dibenarkan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pemilih AKRI 2025.
    • Ahli Jawatankuasa Induk, Urus setia dan Ahli Jawatankuasa Pemilih AKRI 2025 tidak dibenarkan memohon.
    • Pemenang Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi Kategori Pengajaran tidak dibenarkan menyertai AKRI.
    • Pemenang AKRI yang lepas tidak dibenarkan memohon dalam kategori yang sama.
    • Projek yang sama dibenarkan memohon di dalam kategori yang berbeza.
    • Setiap pemohon perlu mengisi maklumat pendaftaran di pautan https://tinyurl.com/unicel2025.
    • Pemohon tidak dibenarkan untuk menggunakan bahan yang mempunyai hak cipta di dalam permohonan tanpa sebarang kenyataan yang merujuk kepada pencipta, pemilik hak cipta atau pelaku.
    • Pemohon yang disenarai pendek akan melalui sesi pitching.
    • Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, urus setia berhak untuk menarik balik anugerah yang telah diberikan.
    • Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan permohonan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
    • Keputusan Jawatankuasa Induk AKRI 2025 adalah muktamad.

 PERATURAN DAN CARA MEMOHON

  • Permohonan hendaklah menggunakan borang rasmi yang terkini bermula 9 Jun 2025.
  • Permohonan hendaklah diperakukan oleh Dekan/Ketua Pusat Tanggungjawab.
  • Semua borang permohonan mestilah diisi dengan font Arial 11 dengan single-spacing dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sahih dan lengkap.
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada Julai 2025. Semua permohonan perlu dihantar sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup permohonan.                                                              

 

  JENIS-JENIS KATEGORI:


  • Kurikulum inovatif ialah kurikulum dinamik yang merangkumi kaedah penyampaian terkini, pentaksiran alternatif dan persekitaran pembelajaran interaktif yang direka bentuk untuk menyokong pengalaman pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang responsif kepada perubahan serta keperluan negara dan global.


    • Transformasi kaedah pengajaran sama ada dalam bentuk syarahan secara interaktif atau tanpa syarahan. Ia memfokus kepada kaedah pengajaran bertujuan meningkatkan keterlibatan dan pencapaian pembelajaran pelajar.
    • Kaedah yang digunakan terbukti mencapai sekurang-kurangnya satu hasil pembelajaran.



    • Suasana pembelajaran bermakna yang mana pelajar terlibat secara aktif dan menghayati kandungan yang dipelajari sama ada dalam konteks simulasi ataupun keadaan sebenar.





    • Kaedah pentaksiran dalam bentuk yang bukan konvensional. Kaedahpentaksiran tidak terbatas kepada pentaksiran sumatif; kaedah yang diketengahkan boleh digunakan untuk pentaksiran formatif, autentik, assessment as learning dan lain-lain kaedah pentaksiran yang telah berjaya mentransformasi pentaksiran sesuatu hasil pembelajaran secara efektif, khususnya ke atas pencapaian hasil pembelajaran dalam domain Kerangka Kelayakan Malaysia( MQF1.0 atau MQF 2.0) dan keterlibatan pelajar.
    • Kaedah yang digunakan terbukti mencapai sekurang-kurangnya satu hasil pembelajaran (learning outcome) untuk domain yang tertentu.



  SESI "PITCHING"

KRITERIAHURAIANMARKAH (%)
Pengesahan Pembuktian
  • Rasional
  • Pendekatan
  • Keterlibatan
  • Impak
20
Persembahan
  • Kualiti persembahan
  • Kreativiti pencerahan
20
Potensi Projek / Inisiaif
  • Potensi (boleh disebar luas, perancangan masa hadapan)
20
Kualiti Keseluruhan
  • Projek berkualiti
  • Semua elemen penting berjaya dibentangkan/dibuktikan dengan sangat jelas dan berkesan
30
Kebolehan Menjawab Soalan
  • Jawapan yang menyakinkan
10