Klinik Pergigian Bergerak Di UniSZA Kampus Besut

klinik

 

BESUT, 9 Jun 2019 - Pejabat Pergigian Daerah Besut telah mengadakan Klinik Pergigian Bergerak (Caravan) selama 5 hari bermula 9 Jun dan berakhir pada 13 Jun 2019. Klinik Pergigian Bergerak ini memulakan operasi di hadapan Fakulti Informatik & Komputeran seawal jam 9.30 pagi sehingga jam 3.00 petang. Klinik Pergigian Bergerak ini memberikan perkhidmatan pemeriksaan gigi, membuat tampalan gigi secara percuma kepada seluruh warga Kampus Besut. Program seumpama ini sangat bermanfaat dalam memberikan kesedaran kepada warga kampus dalam penjagaan kesihatan pergigian serta membantu staf dan pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan yang cepat dan percuma. Rata-rata staf dan pelajar berpendapat bahawa program ini seharusnya diadakan pada masa akan datang.