Perkhidmatan TH Mobile Counter di UniSZA Kampus Besut

04fb92e7 da03 44c2 9548 9f67177043b7

BESUT, 29 April 2019 - Tabung Haji Cawangan Besut telah mengadakan Perkhidmatan TH Mobile Counter di UniSZA Kampus Besut seawal jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 3.00 petang. Kunjungan yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Para pelajar dan staf berkesempatan untuk mendapatklan khidmat Tabung Haji secara terus termasuk pembukaan akaun TH, mengemaskini buku akaun, pendaftaran haji, penamaan hibah/amanah, potongan gaji untuk disalurkan terus ke akaun TH dan mengemaskini profil. Perkhidmatan seumpama ini sangat baik dan perlu diteruskan kerana ianya sangat memudahkan para pelajar dan staf serta mereka tidak perlu keluar ke Tabung Haji untuk mendapatkan perkhidmatan.