Majlis Free Meal Pelajar Kampus Besut

B

 

21 FEBRUARI 2019 (KHAMIS) - Pejabat Pengarah Kampus Besut dengan kerjasama Pejabat Wakaf UniSZA telah meraikan pelajar-pelajar dengan mengadakan satu Majlis Free Meal khusus buat pelajar Kampus Besut. Majlis ini diadakan bersempena lawatan rasmi Naib Canselor. Sebanyak 500 pek makanan telah diagihkan kepada semua pelajar yang hadir. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pada hari berkenaan, Naib Canselor telah merasmikan majlis dan berkesempatan mengagihkan sejumlah pek makanan kepada pelajar-pelajar Fakulti Biosumber & Industri Makanan dan Fakulti Informatik & Komputeran.