Kunjungan Ahli Lembaga Pengurusan Universiti ke UniSZA Kampus Besut & Ladang Pasir Akar

50223031 2222098861147368 4661925114177126400 n

 

BESUT, 30 DISEMBER 2018 - Ahli Lembaga Pengurusan Universiti yang baharu iaitu YBrs. Encik Mohamed Ali bin Ghazali telah mengadakan satu kunjungan rasmi ke UniSZA Kampus Besut. Pengarah Kampus Besut, Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman dan staf yang lain sangat berbesar hati menerima kunjungan ini. Majlis telah bermula seawal jam 9.30 pagi dan sesi perkenalan tersebut telah dimulai dengan satu taklimat oleh Pengarah Kampus Besut. Naib Canselor UniSZA turut sama mengiringi dif-dif dalam majlis berkenaan. Encik Mohamed Ali turut berkesempatan melawat UniSZA Digital Hub. Pada sesi petang, beliau menghabiskan masa di Ladang UniSZA Pasir Akar bagi melihat projek-projek pertanian dan penternakan yang telah dan bakal dilaksanakan oleh UniSZA. Semoga dengan kunjungan ini, jalinan perhubungan di antara UniSZA Kampus Besut dan Ahli-ahli Lembaga Pengurusan Universiti akan menjadi lebih erat dan dalam masa yang sama dapat menjadi medium kerjasama yang baik untuk pembangunan Kampus Besut.