Lawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA

 

lpu

BESUT, 15 DISEMBER 2018 - Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin, YBhg. Dato' Dr. Muhammad Nur Manuty telah mengadakan satu lawatan istimewa ke UniSZA Kampus Besut dan Ladang Pasir Akar pada hari Sabtu yang lalu. Lawatan ini turut diiringi oleh Ahli-ahli Pengurusan UniSZA yang lain termasuk Pendaftar UniSZA, Pengarah Kampus Besut, Pengarah Pusat Pengurusan Ladang, Timbalan Pendaftar Kanan dan kakitangan sokongan yang lain.