• ARTIKEL
  • Sumbangan derma kilat daripada kakitangan PPHU kepada Encik Saifuddin

Sumbangan derma kilat daripada kakitangan PPHU kepada Encik Saifuddin

22 April 2021 - Sesi penyerahan sumbangan kepada salah seorang kakitangan PPHU iaitu Encik Mohd Saifuddin bin Yusof yang telah terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang selepas bertugas.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah PPHU, Dr. Nik Ahmad Shaiffudin Bin Nik Him dan wakil jawatankuasa PEKA . Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi keringanan atas musibah yang dihadapi. Seluruh warga PPHU mendoakan agar saudara Saifuddin dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang terbaik dan semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan beliau kelak.

 

Dari Abu Hurairah  dia berkata: Rasulullah  bersabda: “Barang siapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia, maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada Hari Kiamat. Dan barang siapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan, maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat” [HSR Muslim (no. 2699)].